Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Cubaan keluar Malaysia ikut laluan tikus gagal, 10 PATI ditahan ketika berehat di hotel

17 Oktober 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Cubaan keluar Malaysia ikut laluan tikus gagal, 10 PATI ditahan ketika berehat di hotel

Belum sempat meneruskan perjalanan keluar dari Malaysia menggunakan laluan tikus, 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang transporter warga Myanmar ditahan dua jam selepas tiba di sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, ketika serbuan dilakukan, PATI berusia antara 20 hingga 34 tahun itu dikesan sedang berehat di lokasi transit berkenaan bersama seorang transporter lelaki berusia lingkungan 30-an yang mendaftar masuk pada jam 6.30 pagi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800848/berita/semasa/cubaan-keluar-malaysia-ikut-laluan-tikus-gagal-10-pati-ditahan-ketika-berehat-di-hotel

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #imingresen #JIM