Terdapat tiga kesan tikaman di perut dan pipi, suspek tunjuk pisau diguna bunuh isteri - Polis

A
A
A

NILAI – Terdapat tiga tikaman yang ditemui pada anggota badan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya di sebuah Kompleks Perumahan Awam di sini.

Mangsa ditemukan dengan dua kesan tikaman di bahagian kiri perut dan satu kesan tikaman pada pipi kanan, berdasarkan pemeriksaan awal di tempat kejadian.

Suspek berusia lingkungan 30-an yang dipercayai suami mangsa tampil menyerah diri kepada polis dan dikenakan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai bermotifkan perselisihan rumah tangga, susulan pertengkaran antara mangsa dan suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami

Polis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suami

Pegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsa

Perselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - Polis

Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas

Artikel Berkaitan:

Pegawai AKPS maut: Suspek sempat telefon abang ipar beritahu isterinya sudah tiada

Pegawai AKPS dibunuh: Dua anak mangsa minta buat panggilan video, mahu bercakap dengan ibu mereka - Kakak

Berdasarkan soal siasat awal, suspek mendakwa pertengkaran berlaku selepas mangsa menyatakan hasrat untuk bercerai serta memaklumkan bahawa proses perceraian telah dimulakan ketika suspek masih menjalani hukuman penjara.

Pasangan itu dilaporkan telah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan dua orang anak berusia enam dan lima tahun.

Bagaimanapun, tarikh sebenar permohonan perceraian difailkan masih dalam proses pengesahan melalui dokumen rasmi berkaitan.

Dalam perkembangan siasatan, polis menemukan sebilah pisau di atas tilam di bilik utama kediaman mangsa selepas suspek menunjukkan lokasi senjata berkenaan.

Pisau itu disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian dan telah diambil untuk tindakan lanjut serta pemeriksaan forensik.

Punca kematian mangsa belum dapat dipastikan kerana bedah siasat dijadualkan dijalankan pada 17 Oktober 2026.

Siasatan masih diteruskan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!