Pegawai AKPS dibunuh: Dua anak mangsa minta buat panggilan video, mahu bercakap dengan ibu mereka - Kakak

TUMPAT – Dua anak perempuan kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim meminta buat panggilan video untuk bercakap dengan ibu mereka dan masih belum mengetahui wanita itu meninggal dunia dipercayai dibunuh di Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis.
Kakak mangsa, Marliza Ibrahim, 48, berkata, kedua-dua anak saudaranya yang masing-masing berusia enam dan lima tahun itu tinggal bersamanya sejak kecil di Pengkalan Kubor.

Menurutnya, dia mengambil tanggungjawab menjaga kedua-dua kanak-kanak itu kerana kesukaran mendapatkan pengasuh dan ibu mereka bekerja shif.
“Anak-anak rapat dengan ibu mereka terutama yang sulung, dia baru baik demam, sekarang adiknya pula demam.
“Tadi pagi pun yang sulung tu minta nak buat panggilan video dengan ibunya tapi saya kata ibu mereka sedang bekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Banjir, Telaga Lanas, Pengkalan Kubor di sini pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami
Polis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suami
Pegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsa
Perselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - Polis
Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas
Pegawai AKPS maut: Suspek sempat telefon abang ipar beritahu isterinya sudah tiada
Norhazwani, 35, ditemukan maut dengan kesan tikaman dipercayai dibunuh suami di Kompleks Perumahan Awam di Nilai.
Suspek 30-an tampil menyerah diri dan dikenakan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan.
Menurut Marliza, dua kanak-kanak itu ada juga bertanya kenapa ramai orang datang rumah dan kenapa dia menangis.
“Dia tanya saya siapa meninggal dunia ni sebab ramai orang datang rumah.

“Saya diam tak terkata, tak tahu macam mana nak beritahu mereka, mereka masih kecil,” katanya sebak.
Marliza berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu baru sahaja kembali semula ke Negeri Sembilan selepas pulang ke Kelantan atas urusan fasakh mereka.
“Adik saya tak tunjuk apa-apa perubahan pun dan biasa dia pun tak banyak bercerita.
“Dia sebelum ini memang selalu pulang tengok anak-anak di kampung,” katanya.
Ujar Marliza, keluarga kini memberi perhatian kepada kebajikan kedua-dua anak itu selepas kehilangan ibu mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

