Jerebu: 'Tiru langkah Tun M, boikot syarikat pembakar hutan' - Syed Saddiq
13 Oktober 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Rakyat digesa memboikot syarikat yang terlibat pembakaran hutan sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan dengan menggunakan kuasa membeli seperti pendekatan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu berdepan pertikaian dengan United Kingdom.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tindakan menggerakkan kuasa pengguna perlu menjadi sebahagian daripada usaha lebih tegas untuk menekan syarikat yang mengutamakan keuntungan sehingga menjejaskan kesihatan, ekonomi dan pendidikan jutaan penduduk.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Jerebu #sidangdewanrakyat #SyedSaddiq
