Pukul bekas teman wanita, ahli perniagaan dipenjara enam bulan

Ahli perniagaan Hoh Peng Onn (kanan) dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul bekas teman wanitanya sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata serta badan, dua tahun lepas.
Ahli perniagaan Hoh Peng Onn (kanan) dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul bekas teman wanitanya sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata serta badan, dua tahun lepas.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul bekas teman wanitanya sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata serta badan, dua tahun lepas.

Majistret Amira Sariaty Zainal menjatuhkan hukuman itu terhadap Hoh Peng Onn, 47, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

"Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan hari ini.

"Tertuduh juga perlu membayar wang pampasan berjumlah RM5,000 kepada mangsa dengan mengambil kira kesan trauma, kecederaan dan emosi yang dialami mangsa," kata Amira Sariaty.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar wang pampasan itu hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Cheow Wee yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi, namun memerintahkan wang pampasan dibayar hari ini.

Peng Onn didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Liaw Ju Shuang, 28, di sebuah kediaman di Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada 12.30 tengah malam, 5 Oktober 2024.

Pendakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. Gambar hiasan
Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. Gambar hiasan

Terdahulu, Amira Sariaty dalam penghakimannya berkata, walaupun jiran iaitu saksi pendakwaan ketiga tidak melihat sendiri kejadian itu, saksi berkenaan melihat mangsa dalam keadaan kepala berdarah dan lebam di mata serta beberapa bahagian lain ketika meminta pertolongan.

"Saksi berkenaan juga menghubungi polis yang membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tiada sebab untuk mangsa mereka-reka cerita bagi menganiaya tertuduh.

"Sehubungan dengan itu, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, sebaliknya hanya bersifat penafian semata-mata tanpa disokong bukti dan keterangan yang kukuh," kata Amira Sariaty.

Semasa rayuan, pihak pembelaan memohon hukuman denda atas alasan tertuduh mengalami masalah penglihatan yang akan menyukarkannya jika dipenjarakan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman memohon hukuman penjara dan denda dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh selain tahap kecederaan dialami mangsa dan memohon agar wang pampasan diberikan kepada mangsa.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!