Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Akta Anti Lompat Parti aniaya ahli Parlimen digantung parti' – Ronald Kiandee

13 Oktober 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Akta Anti Lompat Parti didakwa bukan sahaja gagal menghalang wakil rakyat bertukar sokongan politik, malah menganiaya ahli Parlimen yang digantung keahlian oleh parti sehingga menyukarkan mereka menentukan hala tuju politik sendiri.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, disebabkan itu kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan undang-undang berkenaan bagi memastikan ia tidak menjejaskan kedudukan wakil rakyat yang berdepan tindakan disiplin parti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800298/berita/nasional/akta-anti-lompat-parti-aniaya-ahli-parlimen-digantung-parti-ndash-ronald-kiandee

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #AktaAntiLompatParti