'ALLAH tahu di mana suami saya' - Isteri pegawai bomba hilang di Nepal

9 rakyat Malaysia dalam 'Team Loe' tidak dapat dihubungi, dipercayai berada di lembah ketika banjir Nepal.
9 rakyat Malaysia dalam 'Team Loe' tidak dapat dihubungi, dipercayai berada di lembah ketika banjir Nepal.
A
A
A

SHAH ALAM - “ALLAH tahu di mana suami saya.”

Demikian luahan isteri kepada Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa atau lebih dikenali sebagai Loe, Hani Othman, yang masih menaruh harapan suaminya ditemukan selamat selepas gagal dihubungi susulan bencana banjir besar di Nepal pada 26 Ogos lalu.

Menurut Hani, dia hanya mampu berserah kepada ALLAH SWT yang mengetahui segala-galanya termasuk keberadaan dan keadaan suaminya ketika ini.

“Ya. Saya hanya berharap kepada ALLAH. ALLAH tahu segalanya. ALLAH tahu di mana suami saya dan bagaimana keadaan suami saya.

“Saya serahkan segalanya kepada ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan penantian keluarga selama 37 hari berakhir apabila seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang susulan kejadian banjir besar di Nepal disahkan selamat dan sudah kembali ke pangkuan keluarga.

Hani sebelum ini berlepas ke Kathmandu atas inisiatif sendiri bagi mendapatkan perkembangan secara langsung mengenai operasi mencari suaminya dan anggota kumpulan berkenaan yang masih gagal dihubungi selepas bencana melanda Nepal.

Keputusan itu dibuat kerana mahu berada lebih dekat dengan operasi pencarian dan tidak hanya menunggu perkembangan dari Malaysia.

Mohd Fakhrul bersama kumpulan rakyat Malaysia sedang dalam perjalanan menggunakan pacuan empat roda ke Everest Base Camp melalui laluan Tibet ketika bencana berlaku.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi JBPM, Mohd Sani Harul antara yang turut dilaporkan hilang dalam ekspedisi sama.

Tambah memilukan, tanggal 3 September lepas merupakan hari istimewa buat pasangan itu apabila mereka meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 selepas mendirikan rumah tangga pada tarikh sama pada 2016.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!