Dira kongsi sisi ‘keibuan’ Tun Dr Hasmah
ADUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkongsi kenangan indah berpeluang mengenali Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sewaktu berkawan dengan salah seorang anak Allahyarhamah.
Bekas pelakon itu berkata, perkenalan itu berlangsung semasa menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ketika itu berkawan baik dengan anak Allahyarham, Maizura Mahathir dan beberapa kali pergi ke kediamannya di Seri Perdana Putrajaya.
Khaidhirah, atau mesra dengan panggilan YB Dira, menyifatkan Tun Dr Hasmah sebagai seorang yang penuh sifat keibuan, lemah lembut, penyayang serta cintakan ilmu.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TunDrHasmah
