Seni kreatif tekstil cetakan eko

Aznie menghasilkan tekstil cetakan eko (ecoprint) menggunakan teknik menekan daun, bunga dan bahan semula jadi. Foto Bernama
Aznie menghasilkan tekstil cetakan eko (ecoprint) menggunakan teknik menekan daun, bunga dan bahan semula jadi. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegagalan mendapatkan pekerjaan bergaji tetap yang mencukupi bagi menampung keperluan kehidupan mereka empat beranak mendorong Siti Nuraznie Ibrahim yang mesra dipanggil Aznie oleh kawan-kawannya, mengembangkan minat berkebun kepada perniagaan eco-print (cetakan eko) dari rumah sebagai ikhtiar menyara kehidupan.  

Sekurang-kurangnya sebulan sekali, Aznie, 46, menghasilkan tekstil cetakan eko (ecoprint) menggunakan teknik menekan daun, bunga dan bahan semula jadi lain pada fabrik seperti kapas dan linen, sebelum kain itu digulung dan dikukus.

Menurutnya, setiap kali proses itu dilakukan, dia mampu menghasilkan lima hingga enam helai kain bercetak eko. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!