Mat Sabu ziarah ‘Baby MAHA’, diberi nama Ahmad Madani

SHAH ALAM - Bayi yang menjadi perhatian ramai selepas dilahirkan ketika ibunya mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 menerima kunjungan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Kisah kelahiran bayi berkenaan bermula apabila ibunya melalui detik cemas dan mengalami tanda-tanda hendak bersalin ketika berada di ekspo tersebut sebelum petugas segera membantu membawa mendapatkan rawatan.
Menerusi hantaran di media sosial, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Bang Mat berkongsi mendukung bayi lelaki itu ketika menziarahi keluarga berkenaan.
"MAHA 2026 bukan sahaja meriah dengan jutaan pengunjung, kita dapat “Baby MAHA” juga.
"Alhamdulillah, ibu dan bayi selamat, dan si kecil ini diberi nama Ahmad Madani," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Mohamad turut menyampaikan cenderahati dan sumbangan kepada keluarga berkenaan sebagai tanda ingatan.
Beliau dalam pada itu mendoakan agar Ahmad Madani membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan membawa kebahagiaan kepada ibu bapa serta seluruh keluarganya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
