Anwar mahu dengar penjelasan Anthony Loke
20 September 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu terlebih dahulu mendengar pandangan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung pendiriannya mahu melepaskan jawatan dalam Kabinet susulan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pendapat Ahli Parlimen Seremban itu penting memandangkan isu berkaitan usaha membanteras rasuah melibatkan prinsip yang selama ini ditegaskan kerajaan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #AnthonyLoke #Jawatan
