Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pencarian pemancing hilang masuk hari kelima melibatkan 105 batu nautika persegi

18 September 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Operasi mencari seorang lagi pemancing yang masih hilang di perairan One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam memasuki hari kelima pada Jumaat, dengan kawasan pencarian meliputi 105 batu nautika persegi, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.

Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Leftenan Nur Affiq Nor Hisham berkata, pencarian pada Jumaat tertumpu di kawasan sempadan perairan Selangor-Perak, khususnya sekitar Hutan Melintang, Perak, susulan penemuan dua mangsa di kawasan berkenaan sebelum ini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #MaritimMalaysia #Pemancing #Hilang