Mayat pemancing ditemui terapung, pakai jaket keselamatan

Mohd Syafiq menunjukkan lokasi operasi mencari pemancing hilang.
Mohd Syafiq menunjukkan lokasi operasi mencari pemancing hilang.
A
A
A

KLANG - Mayat dipercayai seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya karam di perairan One Fathom Bank, Ahad lalu, ditemukan terapung dalam keadaan masih memakai jaket keselamatan di sekitar perairan Hutan Melintang, Perak pada Khamis.

Mayat lelaki berkenaan ditemukan kira-kira jam 4.26 petang oleh sebuah bot nelayan sebelum maklumat penemuan itu disalurkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak.

Pegawai Operasi Maritim Selangor, Leftenan (M) Mohd Syafiq Sazali berkata, Kapal Maritim (KM) Nusa yang sedang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) segera digerakkan ke lokasi penemuan.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 5.5 kilometer dari sempadan perairan Selangor dan Perak.

"Mayat tersebut ditemui dalam keadaan terapung dan masih memakai jaket keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat dipercayai pemancing hilang ditemukan memakai jaket keselamatan, diikat pada tong

Mayat pemancing ditemui terapung disahkan Mohd Shahril

‘Berdasarkan bentuk badan, pakaian itu memang arwah Shahril’

Bot dinaiki tujuh pemancing dipercayai terbalik akibat ribut, ombak kuat

Artikel Berkaitan:

Suasana hiba di jeti, keluarga buat pengecaman mayat pemancing

"Lokasi penemuan mayat terbaharu ini juga kira-kira 3.7 kilometer dari lokasi mayat Mohd Shahril Abd Rahman yang ditemukan pada Rabu," katanya ketika ditemui di Pos Pangkalan Hadapan Jeti Sementa, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, mayat berkenaan dibawa ke Jeti Hutan Melintang sebelum proses pengecaman dijalankan bagi mengenal pasti identitinya.

Sebelum ini, media melaporkan dua pemancing yang masih hilang selepas bot dinaiki tujuh pemancing termasuk tekong karam akibat dilambung ombak setinggi kira-kira empat meter berhampiran Pulau Ketam pada Ahad lalu dipercayai dihanyutkan sehingga ke perairan Perak.

Setakat ini, dua mangsa masih belum ditemukan iaitu Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37, dan Raja Mohd Rozi Raja Mohamad, 49, manakala operasi SAR masih diteruskan oleh agensi terlibat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!