Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Cerun runtuh: Laluan di KM263.6 PLUS disahkan selamat

14 September 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer (KM) 263.6 arah selatan berhampiran Terowong Menora disahkan selamat digunakan selepas insiden gelongsoran tanah pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, hasil pemantauan menyeluruh oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia Berhad mendapati struktur cerun di lokasi berkenaan kekal stabil.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796282/berita/semasa/cerun-runtuh-laluan-di-km263-6-plus-disahkan-selamat

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PLUS #cerunruntuh #NizarJamaluddin