Dakwaan Hadi serius!

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

AWANG tak setuju dengan pandangan Ketua Penerangan Pas bahawa Pakatan Harapan (PH) tak patut melatah ekoran dakwaan Tan Sri Haji Hadi. Bagi Awang ini hal serius.

Hadi dakwa wakil Amerika Syarikat (AS) tawar bantuan kepada Pas untuk jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Itu berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Hal ini disebutkan oleh Hadi semasa Muktamar Pas di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tentulah hal ini memeranjatkan semua orang. Kita harus ingat dalam PRU14 kerajaan UMNO/BN tumbang setelah memerintah sekian lama. Kerajaan PH 1.0 ambil alih.

UMNO sebagai parti induk BN kalah teruk. Jadi banyaklah yang bertanya apakah salah satu punca kekalahan BN dalam PRU14 disebabkan ada campur tangan asing?

Walaupun Hadi kata beliau dan Pas pegang prinsip demokrasi dan ketentuan dibuat oleh pilihanraya, tapi banyaklah soalan yang timbul.

Apakah benar Kerajaan AS terbabit dalam agenda jatuhkan kerajaan BN? Apakah Central Intelligence Agency (CIA) yang ditakuti itu merancang untuk jatuhkan kerajaan yang sah macam yang dibuat di tempat-tempat lain?

Ini soal kedaulatan kita. Bukan PH yang patut disalahkan kalau melatah. Mungkinkah Hadi sendiri yang melatah?

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!