Dua maut nahas dua kenderaan

Anggota bomba dari BBP Taman Tas membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto JBPM PAHANG
Anggota bomba dari BBP Taman Tas membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto JBPM PAHANG
A
A
A

KUANTAN - Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang – Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang maut terdiri pemandu dan penumpang kereta berusia 17 dan 40 tahun.

Menurutnya, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dilaporkan cedera dibawa ke hospital oleh orang awam.

Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang – Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan
Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang – Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan

"Bomba menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 1 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi yang berada 30 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

No Image Caption

"Anggota yang tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic dan Toyota Hilux di mana pemandu dan penumpang kereta tersepit," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Mohd Salahuddin berkata, bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat bagaimanapun kedua-duanya disahkan telah meninggal dunia.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!