Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga jam 1 tengah hari ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negeri terlibat ialah di seluruh Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Johor. 

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar manakala di Perak meliputi Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung dan Bagan Datuk.

Amaran sama dikeluarkan bagi Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor manakala di Johor melibatkan kawasan Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!