Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Hayat UMNO bukan pada PH, PN, Pas apatah lagi DAP' - Tok Mat

09 September 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,  hayat UMNO tidak boleh disandarkan pada perhitungan atau kekuatan parti lain, bukan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Pas apatah lagi DAP.

Menurutnya, UMNO mesti berdikari dan membangunkan kekuatannya dengan cara serta strategi sendiri.

Beliau berkata demikian ketika Ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Rabu.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #UMNO #MohamadHasan