Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

7 tahun menanti, 171 mangsa Sungai Kim Kim menang saman

09 September 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Penantian tujuh tahun 171 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim berakhir apabila Mahkamah Tinggi Sivi Johor Bahru, pada Rabu memutuskan mereka menang dalam saman sivil terhadap sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai, dua pengarah dan seorang pemandu lori, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pesuruhjaya Kehakiman Manira Mohd Nor membuat keputusan mengarahkan P Tech Resources Sdn Bhd, dua pengarahnya, Wang Jing Chao, 41, dan Yap Yoke Liang, 43, serta pemandu lori, N Maridass, 42, membayar kos guaman RM100,000 kepada semua plaintif.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/795535/berita/semasa/7-tahun-menanti-171-mangsa-sungai-kim-kim-menang-saman

 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

 

#SinarHarian #BeritaSemasa #SungaiKimKim #mahkamah #mangsamenangsaman