Trump taasub dengan imej AI

Trump turut menggambarkan dirinya sebagai watak adiwira, Green Lantern.
Trump turut menggambarkan dirinya sebagai watak adiwira, Green Lantern.
A
A
A

WASHINGTON –Tabiat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang gemar membanjiri platform Truth Social dengan visual rekaan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin mencuri perhatian ramai.

Segelintir warganet percaya Trump, 80, seolah-olah cuba mengalihkan perhatian daripada masalah dunia sebenar dengan menghasilkan pelbagai visual tidak nyata.

Sepanjang penggal kedua pentadbirannya, pemimpin Republikan itu kerap menggunakan imej dan video sedemikian yang berkisarkan politik, jenaka, kritikan terhadap pengkritik serta gambaran dirinya dalam pelbagai situasi luar biasa.

Antara imej AI terbaharu yang dikongsi Trump termasuk gambaran dirinya bersama Presiden pertama AS, George Washington, Hulk Hogan, dikelilingi robot futuristik dan imej bulan dengan kapsyen ‘milik Washington’. Selain itu, beliau turut berulang kali menghasilkan imej AI yang menyasarkan Iran.

Pada bulan lalu, beliau mencatat penggunaan Truth Social pada tahap luar biasa dengan berkongsi lebih 1,000 hantaran, iaitu kira-kira 33 hantaran setiap hari.

Pempengaruh Demokrat, Harry Sisson menyifatkan tindakan Trump sebagai 'episod kesihatan mental' manakala pengguna X memberikan pelbagai reaksi terhadap tingkah laku Trump dan sebahagiannya menganggap ia sebagai perkara normal. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!