Dua bekas pengarah Felda ditahan SPRM

Suspek ditahan ketika hadir bagi memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Foto hiasan
Suspek ditahan ketika hadir bagi memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua bekas pengarah Felda termasuk seorang bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.

Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 60-an dan 50-an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir bagi memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada Ahad.

Menurut sumber, kedua-dua suspek juga disyaki terbabit dalam urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan syarikat pemaju.

Urusan penjualan tanah itu dipercayai dilakukan tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah dan anak syarikat badan berkanun berkenaan.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin bagi mendapatkan perintah reman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!