Lori terjunam ke gaung 50 meter, pemandu maut

Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjunam ke gaung sedalam 50 meter di Jalan Lombong Emas Sokor, Tanah Merah. Gambar hiasan
Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjunam ke gaung sedalam 50 meter di Jalan Lombong Emas Sokor, Tanah Merah. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan itu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di Jalan Lombong Emas Sokor menghala ke Kuala Tiga, Tanah Merah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah dalam kenyataan pada Sabtu berkata, kejadian menyebabkan Chow Yoke Kow, 65, tercampak keluar dari lori itu.

"Kejadian berlaku pada 2.30 petang dan kenderaan itu dipercayai terbabas ke kiri jalan dan jatuh ke dalam gaung.

"Mayat dibawa keluar pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah,” katanya. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!