Johor tangguh peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama

Tosrin Jarvanthi
Tosrin Jarvanthi
A
A
A

KULAI - Kerajaan negeri Johor memutuskan untuk menangguhkan peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama di negeri itu susulan penularan wabak Covid-19.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan pengumuman Kementerian Pendidikan mengenai penangguhan tarikh beberapa peperiksaan pada tahun ini berikutan pandemik itu.

Beliau berkata, peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama dijadualkan pada September dan Oktober tahun ini.

“Kita akan tangguh (peperiksaan) mengikut bagaimana keputusan kementerian.

"Sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selesai, akan ada arahan baru daripada Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor,” katanya di sini hari ini.

Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan sayur-sayuran kepada penduduk di Pangsapuri Rakyat hasil sumbangan pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd. - Bernama

Artikel Berkaitan: