Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kereta

GEORGE TOWN- Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di tempat parkir Desa Penang 2, Lebuh Sungai Pinang 7, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.59 petang.
Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati mangsa yang juga penduduk setempat berusia 62 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan telah meninggal dunia.
“Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan terhadap mayat tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, satu laporan mati mengejut dibuka dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

