Kucing 'buat hal', bomba kena buka pintu

KUALA LIPIS – Tindakan seekor kucing yang dipercayai menekan butang kunci pintu menyebabkan haiwan itu terperangkap di dalam sebuah kereta sebelum pemiliknya mendapatkan bantuan bomba, pada Isnin.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis dikerahkan ke lokasi selepas menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Kejadian itu disedari pemilik kenderaan apabila mendapati pintu keretanya terkunci dari bahagian dalam, sekali gus menyebabkan kucing berkenaan tidak dapat dikeluarkan.
Hasil pemeriksaan awal anggota bomba mendapati kucing terbabit dipercayai secara tidak sengaja memijak atau menekan butang kunci pintu ketika berada di dalam kenderaan.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Kuala Lipis kemudian menggunakan peralatan khas penyelamatan serta teknik bersesuaian untuk membuka pintu kenderaan tanpa menjejaskan keselamatan haiwan berkenaan.
Operasi itu berjaya dilaksanakan dengan lancar dan kucing tersebut dikeluarkan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan semula kepada pemiliknya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
