Al-Sharaa 'rasmikan' transaksi guna kad visa

Klip itu dikongsikan akaun rasmi milik Kementerian Luar Syria. Foto Agensi
Klip itu dikongsikan akaun rasmi milik Kementerian Luar Syria. Foto Agensi
A
A
A

DAMSYIK - Presiden Ahmed al-Sharaa menggunakan kad visa untuk membuat bayaran di sebuah kafe di Damsyik dalam transaksi elektronik pertama seumpamanya di Syria selepas lebih 15 tahun.

Video yang dikeluarkan Kementerian Luar menunjukkan al-Sharaa membuat bayaran tersebut sambil ditemani Gabenor Bank Pusat, Mohammed Safwat Raslan.

“Tunai atau kredit, tuan Presiden?” menurut kapsyen video berkenaan yang memaparkan transaksi tersebut sebagai simbol kembalinya Syria kepada sistem kewangan antarabangsa selepas bertahun-tahun terasing.

Bayaran itu dibuat selepas Damsyik dikeluarkan daripada senarai Amerika Syarikat (AS) sebagai negara penaja keganasan, status yang dikenakan sejak 1979.

Washington turut merancang mengeluarkan Hayat Tahrir al-Sham, kumpulan yang pernah dipimpin al-Sharaa daripada senarai pengganas global.

Pelaksanaan kelonggaran sekatan AS dijangka membantu menarik pelaburan swasta, menyokong usaha pembinaan semula Syria dan mengintegrasikan semula negara itu ke dalam ekonomi global.

Bagaimanapun, Washington masih mengekalkan sekatan terhadap pegawai yang mempunyai kaitan dengan rejim terdahulu pimpinan Bashar al-Assad selain individu dan kumpulan yang dianggap sebagai ancaman kepada kestabilan. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!