0.4 hektar hutan di Puchong terbakar

PUCHONG - Kawasan hutan seluas kira-kira 0.4 hektar di Bandar Puchong Jaya di sini terbakar dalam kejadian pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.35 pagi.
"Pasukan operas tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.
"Api berjaya dipadamkan kira-kira jam 5 pagi melibatkan anggaran keluasan hutan 1 ekar (0.4 hektar)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
