Ketua Pegawai Eksekutif Alam Maritim Resources direman bantu siasatan SPRM

Alam Maritim Resources Bhd pada Isnin mengumumkan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya sedang direman bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM. Gambar hiasan
Alam Maritim Resources Bhd pada Isnin mengumumkan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya sedang direman bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Alam Maritim Resources Bhd pada Isnin mengumumkan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya, Datuk Azmi Ahmad sedang direman bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penyedia perkhidmatan kepada industri minyak dan gas itu memaklumkan reman tersebut bertujuan untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan dan bukan disebabkan oleh sebarang salah laku.

"Lembaga pengarah telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kesinambungan operasi kumpulan dan akan membuat pengumuman selanjutnya sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!