10 peniaga dikompaun tidak pamer tanda harga

Pegawai penguatkuasa KPDNHEP Pahang melakukan pemeriksaan secara berkala terhadap premis perniagaan bagi memantau kedudukan bekalan dan harga barangan keperluan harian pengguna sepanjang PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April depan. PIX KPDNHEP PAHANG

A
A
A

KUANTAN- Seramai sepuluh peniaga masing-masing dikompaun RM100 serta-merta selepas didapati melakukan kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan mengguna alat penimbang tamat tempoh.

Hasil pemeriksaan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke seluruh daerah bermula 18 Mac hingga hari ini, dua peniaga dikesan menjual gula dan minyak masak tanpa lesen (dalam siasatan).

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pahang, Ahmad Fitri Ali berkata, kesemua kesalahan itu diambil tindakan di bawah Perintah 3 (1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Peruncit) 1993, Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan kawalan 1974 dan Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972.

Menurutnya, daripada 12 kes yang dikesan, enam kes di Temerloh, Raub (5) dan Kuantan (1).

"Dalam tempoh itu, KPDNHEP Pahang menerima 127 aduan dan 80 daripadanya dilakukan siasatan manakala 47 aduan berjaya diselesaikan,"katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pegawai penguatkuasa KPDNHEP Pahang melakukan pemeriksaan secara berkala terhadap premis perniagaan bagi memantau kedudukan bekalan dan harga barangan keperluan harian pengguna sepanjang PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April depan. PIX KPDNHEP PAHANG
Pegawai penguatkuasa KPDNHEP Pahang melakukan pemeriksaan secara berkala terhadap premis perniagaan bagi memantau kedudukan bekalan dan harga barangan keperluan harian pengguna sepanjang PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April depan. PIX KPDNHEP PAHANG

Ahmad Fitri berkata, daripada keseluruhan aduan yang diterima, 61 aduan melibatkan harga, transaksi atas talian (44), barang kawalan (9), perkhidmatan mengelirukan (5), perihal dagangan palsu (4), barang tiruan (1), bengkel (1), iklan mengelirukan (1) dan jualan kredit (1).

Menurutnya, KPDNHEP Pahang terus giat melakukan pemeriksaan secara berkala terhadap premis perniagaan (essential) bagi memantau kedudukan bekalan dan harga barangan keperluan harian pengguna sepanjang PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April depan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pegawai penguat kuasa turut menjalankan siasatan terhadap aduan dari pengguna mengenai bekalan dan sebagainya.

"Justeru, para peniaga diingatkan supaya tidak menaikkan harga barang sesuka hati dan menyimpan bekalan.

"Tindakan tegas boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 serta akta-akta yang dikuatkuasakan terhadap peniaga yang terus berdegil,"katanya.