DKU Negeri Sembilan, SU mahu mencelah semakan kehakiman singkir Tuanku Muhriz

DKU Negeri Sembilan dan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin memohon untuk mencelah dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
DKU Negeri Sembilan dan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin memohon untuk mencelah dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan dan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin memohon untuk mencelah dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu dikemukakan tiga bekas Undang Negeri Sembilan dan seorang lagi yang masih memegang jawatan berkenaan pada 17 Julai lalu.

Mereka ialah tiga bekas Undang iaitu Datuk Mubarak Thahak (yang statusnya sebagai Undang Sungai Ujong dipertikaikan), Datuk Maarof Mat Rashid (bekas Undang Jelebu), Datuk Abd Rahim Yasin (bekas Undang Rembau) dan Datuk Muhammed Abdullah (Undang Johol yang masih memegang jawatan).

Mereka selaku pemohon membuat permohonan berkenaan pada Ahad menerusi Tetuan Halim & Ismail dengan menamakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri selaku pertama dan kedua dalam permohonan kebenaran berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan dari Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar di hadapan, Hakim, Norliza Othman.

Nurhafizza berkata, mahkamah meminta pemohon dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman,berbincang dan memutuskan sama ada ingin meneruskan kes berkenaan di sini atau memindahkannya di Mahkamah Tinggi Seremban kerana terdapat permohonan serupa di mahkamah itu.

"Mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk pemohon memaklumkan mengenai perkara itu kepada mahkamah," katanya.

DKU dan Raja Norazli memfailkan permohonan itu pada 6 Ogos lepas, memohon untuk dijadikan sebagai pihak-pihak dalam kes berkenaan selain memohon penggantungan prosiding semakan kehakiman sementara pelupusan permohonan mencelah.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, DKU dan Raja Norazli mendakwa pemohon tidak mempunyai sebarang locus standi iaitu hak di sini undang-undang untuk memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman selain terdapat permohonan komital terhadap mereka di Mahkamah Tinggi Seremban.

Artikel Berkaitan:

Mubarak, Maarof, Abd Rahim dan Muhammed memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 17 Julai lepas.

Dalam permohonan itu, pemohon memohon perintah mandamus bagi mengarahkan Menteri Besar menandatangani dokumen perisytiharan pemecatan Muhriz.

Mereka turut memohon deklarasi bahawa dokumen perisytiharan itu adalah sah di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Menerusi afidavit yang difailkan bersama permohonan kebenaran semakan kehakiman, Muhammed menyatakan satu mesyuarat DKU yang dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz telah diadakan pada 5 Mac lalu antaranya didakwa membangkitkan salah laku pentadbiran dan pelanggaran adat oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!