Tuanku Muhriz ingatkan Exco Negeri Sembilan jujur, jangan salah guna kuasa
07 Ogos 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik supaya menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan jujur, adil dan profesional.
Baginda bertitah, setiap daripada mereka jangan sesekali menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan peribadi, keluarga atau pun sahabat handai terutamanya dalam membuat keputusan pemberian tender atau projek kerajaan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #angkatsumpah #ExcoNegeriSembilan
