PMX AI sedang dalam penambahbaikan - Anwar

Anwar berucap pada Majlis Peluncuran AI Malaysia di Menara Cyber Axis, pada Selasa. Foto Bernama
Anwar berucap pada Majlis Peluncuran AI Malaysia di Menara Cyber Axis, pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Inisiatif avatar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di platform WhatsApp Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan PMX AI, kini sedang menjalani proses penambahbaikan.

"Kami masih mengusahakannya. Saya cuma (baru) mencubanya,” kata Anwar ketika ditemui media selepas pelancaran AI Malaysia, di sini pada Selasa.

Avatar tersebut yang mula dibuka kepada umum pada Sabtu lepas (18 Julai), telah diturunkan tidak lama selepas ia dilancarkan.

PMX AI membolehkan orang ramai berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi mereka secara langsung melalui avatar tersebut, yang digambarkan oleh Anwar sebagai kembar digital beliau. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!