Bayi masih bertali pusat ditemui dalam beg di pekarangan masjid

Keadaan bayi perempuan yang ditemui dalam beg kain di pekarangan Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut pada Selasa.
Keadaan bayi perempuan yang ditemui dalam beg kain di pekarangan Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut pada Selasa.
A
A
A

BESUT - Jemaah dan penduduk Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut di sini digemparkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan dalam beg kain di pekarangan masjid tersebut pada Selasa.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, laporan berhubung penemuan bayi itu diterima oleh orang awam jam 5.25 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

​"Hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan berkenaan ditemui oleh orang awam di pekarangan masjid tersebut.

​"Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih bertali pusat," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

​Menurut Mohd Rozaime, pemeriksaan awal mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan telah dibawa ke Hospital Daerah Besut oleh pihak kesihatan bagi tindakan pemeriksaan lanjut serta pemantauan.

​"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

​Sehubungan itu, katanya, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian berkenaan agar tampil membantu siasatan.

"​Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!