Lelaki bogel atas bumbung rumah gemparkan penduduk

Tular di media sosial rakaman video memaparkan lelaki terbabit ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan dikaitkan dengan kes pecah rumah.
Tular di media sosial rakaman video memaparkan lelaki terbabit ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan dikaitkan dengan kes pecah rumah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selepas ditemukan berjalan di atas bumbung rumah di Taman Sri Andalas, Klang pagi tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah teres dua tingkat di kawasan berkenaan pada 6.53 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi. 

"Pasukan bomba membuat pemeriksaan awal dan mendapati seorang lelaki berusia 30-an dipercayai kurang siuman berada di atas bumbung rumah pengadu.

"Anggota kemudian mengambil pendekatan memujuk lelaki tersebut sebelum dia selamat diturunkan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. 

Ashrul Riezal berkata, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 8.05 pagi.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan kejadian berkenaan yang mendakwa lelaki terbabit ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian serta dikaitkan dengan kes pecah rumah.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!