Pokok tumbang halang laluan

Keadaan di lokasi kejadian pokok tumbang pada Sabtu.
Keadaan di lokasi kejadian pokok tumbang pada Sabtu.
A
A
A

BANGI – Tiga batang pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Batu Tiga Bandar Baru Bangi di sini pada petang Sabtu sehingga menghalang laluan.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.18 petang.

"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 15 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ashrul Riezal berkata, sebaik tiba di lokasi pada jam 4.40 petang pihaknya mendapati dua batang pokok tumbang menghalang jalan, manakala sebatang lagi tumbang ke sebuah rumah penduduk.

"Pasukan bomba kemudian bertindak memotong dan mengalihkan pokok menggunakan gergaji berantai," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!