Ihsanku santuni lebih 17,600 golongan memerlukan

Program Ihsan Anak dilaksanakan menerusi empat projek utama, iaitu Rezeki Anak, Sehat Anakku, Inspire dan Nurani Insan.
Program Ihsan Anak dilaksanakan menerusi empat projek utama, iaitu Rezeki Anak, Sehat Anakku, Inspire dan Nurani Insan.
A
A
A

BANGI - Seramai 17,649 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim, asnaf dan keluarga daripada golongan rentan telah menerima pelbagai bentuk bantuan menerusi Program Ihsan Anak, anjuran Pertubuhan Ihsanku Malaysia, sepanjang tempoh 2023 hingga 2025.

Program ini memberi tumpuan khusus kepada kebajikan asas kanak-kanak daripada golongan tersebut.

Tidak semua kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang selesa dan stabil. Sebahagian daripada mereka berdepan pelbagai cabaran seperti kemiskinan, kehilangan tempat bergantung, kekurangan sokongan pendidikan, masalah kesihatan, tekanan emosi, serta persekitaran sosial yang kurang menyokong perkembangan diri mereka.

Program Ihsan Anak dilaksanakan menerusi empat projek utama, iaitu Rezeki Anak, Sehat Anakku, Inspire dan Nurani Insan. Setiap projek memberi tumpuan kepada aspek yang berbeza namun saling melengkapi, merangkumi keperluan pemakanan, kesihatan, pembangunan diri serta rawatan terapi bagi anak-anak istimewa.

Berkongsi mengenai hasrat program ini, Pengurus Program Ihsan Anak, Khairul Azmi Bin Murir berkata program tersebut bukan sekadar inisiatif bantuan biasa, sebaliknya merupakan komitmen berterusan untuk memastikan setiap kanak-kanak yang memerlukan mendapat peluang yang sama untuk membesar dengan sihat, emosi yang terjaga, serta kehidupan yang lebih baik selari dengan kanak-kanak lain.

Menerusi projek Rezeki Anak, inisiatif Dapur Ihsan menyediakan pemakanan seimbang bagi memastikan kanak-kanak membesar dalam keadaan sihat dan berdaya tahan, antaranya melalui serahan barang basah dan tajaan makanan.

Inisiatif ini mencatatkan jumlah penerima manfaat tertinggi dengan 13,575 orang sepanjang tiga tahun pelaksanaan - meningkat daripada 2,590 penerima pada 2023, kepada 5,177 penerima pada 2024 dan 5,808 penerima pada 2025.

Peningkatan berterusan ini mencerminkan keperluan bantuan makanan dalam kalangan keluarga rentan yang masih tinggi dan perlu ditangani secara berterusan.

Artikel Berkaitan:

Menerusi projek Rezeki Anak, inisiatif Dapur Ihsan menyediakan pemakanan seimbang bagi memastikan kanak-kanak membesar dalam keadaan sihat dan berdaya tahan, antaranya melalui serahan barang basah dan tajaan makanan.
Menerusi projek Rezeki Anak, inisiatif Dapur Ihsan menyediakan pemakanan seimbang bagi memastikan kanak-kanak membesar dalam keadaan sihat dan berdaya tahan, antaranya melalui serahan barang basah dan tajaan makanan.

Bagi aspek kesihatan pula, projek Sehat Anakku menyediakan akses perubatan dan pendidikan kesihatan yang lebih baik kepada kanak-kanak, dengan tumpuan kepada pemeriksaan kesihatan dan rawatan bagi golongan yang memerlukan. Sejak 2023, projek ini telah memberi manfaat kepada 1,676 kanak-kanak.

Projek Inspire pula menyasarkan pembangunan modal insan dan motivasi dalam kalangan anak yatim, asnaf dan golongan rentan, merangkumi pemantapan akidah, ibadah, kepimpinan, jati diri serta pembangunan sahsiah.

Sebanyak 2,388 peserta telah menyertai projek ini sepanjang tiga tahun, dengan pendedahan kepada aktiviti kepimpinan, bimbingan pendidikan dan pembinaan keyakinan diri bagi membantu mereka membina hala tuju yang lebih jelas untuk masa hadapan.

Nurani Insan pula beroperasi sebagai pusat terapi intervensi berlandaskan nilai Islamiah, khusus untuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) jenis intelektual seperti ADHD dan autisme.

Pertubuhan Ihsanku Malaysia menegaskan bahawa kejayaan program ini tidak terlepas daripada sokongan padu para penyumbang, penaja dan sukarelawan yang terlibat sejak awal pelaksanaannya.
Pertubuhan Ihsanku Malaysia menegaskan bahawa kejayaan program ini tidak terlepas daripada sokongan padu para penyumbang, penaja dan sukarelawan yang terlibat sejak awal pelaksanaannya.

Menerusi pusat ini, anak-anak istimewa menerima rawatan terapi yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing. Pada 2025, seramai 10 anak istimewa telah menerima rawatan melalui pusat terapi ini - memenuhi keperluan kumpulan yang sering kekurangan akses kepada kemudahan rawatan terapi yang sesuai.

Secara keseluruhannya, Ihsanku berjaya menyantuni lebih ramai anak yatim, asnaf dan golongan rentan menerusi Program Ihsan Anak saban tahun. Pada 2023, seramai 3,037 orang menerima manfaat, meningkat kepada 7,889 orang pada 2024, sebelum mencatatkan 6,723 penerima pada 2025.

Pertubuhan Ihsanku Malaysia menegaskan bahawa kejayaan program ini tidak terlepas daripada sokongan padu para penyumbang, penaja dan sukarelawan yang terlibat sejak awal pelaksanaannya.

Pertubuhan itu turut menyeru pihak korporat, institusi pendidikan dan orang ramai untuk terus menyokong program ini menerusi sumbangan dana, makanan, kepakaran atau tenaga sukarelawan, bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan dapat dibantu pada masa hadapan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!