Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Terima rasuah masuk akaun bank isteri, anggota polis trafik dipenjara 4 bulan

16 Julai 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan pilihan menerima wang rasuah berjumlah RM1,000.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Sazlina Safie terhadap Ahmad Amin Khairul Komar, 42, selepas mendapati kesemua elemen kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berjaya dibuktikan manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788050/berita/semasa/terima-rasuah-masuk-akaun-bank-isteri-anggota-polis-trafik-dipenjara-4-bulan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #Mahkamah