PRN Negeri Sembilan: BN tanding 25 daripada 36 kerusi DUN

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 26 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini.
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRN Negeri Sembilan di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini pada malam Rabu.
Secara keseluruhan, UMNO bertanding di 16 kerusi manakala MCA (7) dan MIC (2).
Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias kekal bertanding di kerusi yang disandang mereka masing-masing di DUN Rantau dan DUN Pertang.
Seramai 10 lagi penyandang daripada UMNO turut diberi kepercayaan mempertahankan kerusi yang diwakili mereka.
Bagaimanapun, Datuk Ismail Lasim yang sebelum ini mewakili DUN Senaling dipindahkan bertanding di DUN Juasseh, susulan penyandangnya, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid, tidak dicalonkan semula.
Tiga calon baharu UMNO ditampilkan iaitu Mohamad Qayyum Abd Jalil (Senaling), Siti Nur Umaira Hasim (Labu) dan S Leza Md Yasin (Pilah).
Senarai Penuh Calon BN PRN Negeri Sembilan:
Jelebu
N01 Chennah - Siow Kong Choon (MCA)
N02 Pertang - Datuk Seri Jalaluddin Alias (Penyandang)
N03 Sungai Lui - Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Penyandang)
Jempol
N06 Palong - Datuk Mustapha Nagoor (Penyandang)
N07 Jeram Padang - Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (Penyandang)
N08 Bahau - Chong Fui Ming (MCA)
Seremban
N09 Lenggeng - Datuk Mohd Asna Amin (Penyandang)
N10 Nilai- Lai Chein Kong (MCA)
N12 Temiang - Datuk Leaw Kok Chan (MCA)
Kuala Pilah
N15 Juasseh - Datuk Ismail Lasim
N16 Sri Menanti - Muhammad Sufian Maradzi (Penyandang)
N17 Senaling - Mohamad Qayyum Abd Jalil (calon baharu)
N18 Pilah - S Leza Md Yasin (calon baharu)
N19 Johol - Datuk Saiful Yazan Sulaiman (Penyandang)
Rasah
N20 Labu - Siti Nur Umaira Hasim (calon baharu)
N22 Rahang - Yap Siok Moi (MCA)
N24 Seremban Jaya - R Thinalan (MIC)
Rembau
N27 Rantau - Datuk Seri Mohamad Hasan (Penyandang)
N26 Chembong - Datuk Zaifulbahri Idris (Penyandang)
N28 Kota - Suhaimi Aini (Penyandang)
Port Dickson
N29 Chuah - Pau Jeou Ching (MCA)
N32 Linggi - Datuk Mohd Faizal Ramli (Penyandang)
N33 Sri Tanjung - A Achuthan (MIC)
Tampin
N35 Gemencheh - Suhaimizan Bizar (Penyandang)
N36 Repah - Kok Kim Swee (MCA)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

