SPRM kesan dua lelaki Bangladesh

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki warga Bangladesh bagi hadir sebagai saksi pendakwaan dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada Julai, Ogos dan September ini.
Ia membabitkan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].
Menurut kenyataan SPRM, Fardin Mahi yang juga saksi pertama pendakwaan telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di alamat terakhirnya di Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur.
"Seorang lagi saksi pendakwaan Md Sumon Hossain juga gagal dikesan di alamat terakhirnya di sebuah residensi di Kampung Pandan Kuala Lumpur," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua individu itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd Hafifi Bin Rahmat di talian 018-6632034 atau talian 03-92065000 (Pejabat SPRM Kuala Lumpur), atau emel kepada hafifi.rahmat@sprm.gov.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
