Bau busuk bongkar penemuan mayat wanita

Seorang wanita tempatan berusia 40 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah.
Seorang wanita tempatan berusia 40 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita tempatan berusia 40 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di pangsapuri Ampangan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada 5.39 petang, selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai bau kurang menyenangkan dipercayai daripada unit kediaman berkenaan.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Seremban, bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

"Rumah tersebut dibuka dengan bantuan pihak bomba dan pihak polis menemukan seorang wanita yang dipercayai telah meninggal dunia sejak lima hingga enam hari lepas.

"Tiada sebarang tanda pergelutan, unsur jenayah atau kesan pecah masuk ditemukan di lokasi kejadian. Siasatan awal turut mendapati mangsa tinggal bersendirian dan mempunyai sejarah masalah kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, sebelum mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan. - Bernama.

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!