Rusia serang Kiev, 10 cedera termasuk kanak-kanak

Orang ramai berdiri berhampiran sebuah kawah yang terbentuk akibat serangan peluru berpandu Rusia ke atas ibu negara Ukraine, Kyiv, pada awal pagi 11 Julai 2026. Foto AFP
Orang ramai berdiri berhampiran sebuah kawah yang terbentuk akibat serangan peluru berpandu Rusia ke atas ibu negara Ukraine, Kyiv, pada awal pagi 11 Julai 2026. Foto AFP
A
A
A

KIEV - Serangan Rusia yang menyasarkan ibu kota Ukraine, Kiev, pada Jumaat, mencederakan 10 orang termasuk seorang kanak-kanak dan merosakkan infrastruktur kediaman, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut kenyataan Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine, kakitangan kecemasan telah membawa lima daripada mangsa yang cedera termasuk kanak-kanak berkenaan ke hospital.

Pengeboman itu mencetuskan kebakaran di beberapa bangunan yang disasarkan dan meninggalkan kawah besar di jalan raya.

Anggota bomba yang dikerahkan ke tempat kejadian segera mengawal dan memadamkan kebakaran, manakala pasukan penyelamat menilai kerosakan struktur di seluruh kawasan kejiranan yang terjejas. - Bernama-Anadolu

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!