Bunuh rakan, kerat kepala dan kaki sebelum buang di kuari

Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Foto hiasan
Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Foto hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Polis Jharkhand menahan dua lelaki yang didakwa membunuh rakan mereka sebelum mengerat mayat mangsa dan membuang anggota badannya di sebuah kuari batu terbiar.

Mangsa dikenal pasti sebagai Hussain Ansari, 22, penduduk New Azad Basti dalam kawasan Balai Polis Sadar, daerah Lohardaga.

Kes itu terbongkar pada Selasa selepas polis menemui kepala dan dua kaki manusia yang disimpan dalam guni di sebuah kuari batu tertutup yang dipenuhi air di Oyna Tongri.

Polis berkata, identiti mangsa dikenal pasti berdasarkan bukti saintifik dan forensik.

Ketua Polis Lohardaga, Sadique Anwar Rizvi berkata, dua suspek yang ditahan ialah Arman Khan, 22, dari Noor Nagar dan Md Shahnwaj Ahmad atau dikenali sebagai Raj, 25.

“Kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam pembunuhan itu. Polis turut menemui bahagian badan mangsa yang lain,” katanya pada Khamis.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka dipercayai minum arak bersama di rumah Shahnwaj di Durgabadi Lane pada 4 Julai sebelum berlaku pertengkaran membabitkan mangsa.

Menurut polis, pertengkaran itu bertukar ganas apabila kedua-dua suspek didakwa memukul Hussain sehingga meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dipercayai dikerat menggunakan bilah gergaji besi sebelum kepala dan kedua-dua kakinya dimasukkan ke dalam guni dan dibuang ke dalam kuari berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Bahagian badan yang lain pula dipercayai dibuang di kawasan hutan dan semak berhampiran.

Susulan maklumat daripada suspek, polis berjaya menemukan semula anggota badan mangsa yang lain, senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan serta motosikal skuter yang digunakan untuk melupuskan mayat.

Kes itu didaftarkan di Balai Polis Sadar berdasarkan laporan dibuat bapa mangsa, Mikail Mir.

Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!