Di mana Qaseh Atika?

AMPANG - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Ukay Perdana di sini sejak Ahad.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, laporan berhubung kehilangan Qaseh Atika Mohd Naim Abdullah dibuat oleh bapanya selepas mendapati anak perempuannya tiada di rumah kira-kira jam 8 malam.
"Pengadu turut dimaklumkan pihak sekolah bahawa remaja terbabit tidak hadir ke sekolah pada Isnin.
"Pengadu tidak pasti punca anaknya keluar dari rumah dan memaklumkan tiada sebarang perselisihan faham berlaku sebelum kehilangannya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Khairul Anuar berkata, remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 157 sentimeter, berat sekitar 45 kilogram, berbadan kurus dan berkulit sawo matang.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi atau keberadaan remaja terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faizah Mohd Anuar di talian 017-3422804 bagi membantu siasatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

