Pilihan Raya negeri-negeri Selatan, penanda aras PRU-16

Penganalisis politik menggambarkan keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri DUN Johor setahun lebih awal adalah tindakan berani yang diambil oleh Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga merupakan Pengerusi BN negeri tersebut kerana keyakinan bahawa BN mampu untuk menang besar sekali lagi sekiranya pilihan raya diadakan.
Selang beberapa hari selepas itu, DUN Negeri Sembilan pula dibubarkan berikutan dengan krisis adat yang terjadi di negeri tersebut.
PRN Negeri Sembilan juga diadakan susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN yang menarik sokongan kepada MB, Datuk Seri Aminuddin Harun dan ura-ura membentuk kerajaan baharu BN-PN.
Maka DUN Negeri Sembilan dibubarkan bagi memulangkan semula hak memilih kerajaan negeri kepada rakyat.
Di Melaka pula, Ketua Menteri, Ab Rauf memberikan gambaran bahawa negeri tersebut juga akan menghadapi PRN usai sahaja PRN Johor dan Negeri Sembilan.
Ketiga-tiga negeri di Selatan tanah air ini mampu untuk memberikan gambaran awal Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16. Ia juga boleh dijadikan penanda aras sokongan serta keyakinan rakyat kepada parti-parti politik, terutamanya kepada Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Dalam keadaan politik di peringkat nasional yang sangat rumit, ditambah pula dengan kemunculan parti-parti baharu seperti Parti Bersama Malaysia (Bersama) pimpinan bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang diasaskan bekas pemimpin Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, timbul persoalan, adakah rakyat akan menjadi semakin keliru?
Oleh itu, pihak Nusantara Academy for Strategic Research (NASR) mengajak rakyat tanpa mengira umur, kaum dan agama yang mengundi di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka untuk menyuarakan pendapat melalui survey ringkas dengan klik link di bawah.
PANDANGAN PENGUNDI MENJELANG PRN JOHOR, NEGERI SEMBILAN & MELAKA
Suara anda penentu masa hadapan negara.
Penyelidik Sosial NASR, Syed Shahfiq
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
