MPV terbakar di Lebuhraya Damansara - Puchong

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah MPV di sini pada Jumaat.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah MPV di sini pada Jumaat.
A
A
A

CYBERJAYA – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena musnah dalam kebakaran di Kilometer 36.7 Lebuhraya Damansara-Puchong di sini pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.27 petang.

"Sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya bergegas ke lokasi yang jaraknya tujuh kilometer," katanya.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah MPV di sini pada Jumaat.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah MPV di sini pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian mendapati sebuah MPV jenis Nissan Serena yang terbakar kira-kira 95 peratus.

"Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.41 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.10 petang.

Keadaan kenderaan yang terbakar di sini pada Jumaat.
Keadaan kenderaan yang terbakar di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!