Lelaki lemas ketika menyeberang sungai

KOTA BELUD - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menyeberang sungai ditemukan lemas di Kampung Lebak Engad di sini, pada Khamis.
Mangsa berusia 25 tahun sebelum itu dilaporkan hilang pada Rabu sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di sungai tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.18 tengah hari.
"Mangsa dikhuatiri lemas ketika menyeberangi sungai di Kampung tersebut dan pasukan bomba dikerahkan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat serta menjalankan operasi SAR.
"SAR hari pertama gagal menemui mangsa dan disambung hari ini di sepanjang tebing sungai. Mangsa akhirnya ditemui oleh orang awam pada jam 6.15 petang iaitu 150 meter dari dia dilaporkan lemas," katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
