Pas tidak takut berdepan DAP, pemilihan kerusi berdasarkan peluang menang - Ahmad Samsuri
02 Julai 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Keputusan Pas tidak meletakkan calon di beberapa kerusi bukan majoriti Melayu di Johor dibuat berdasarkan penilaian terhadap peluang kemenangan bukan sebab takut berdepan dengan DAP, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemilihan kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat berdasarkan komposisi pengundi, kekuatan calon dan potensi kemenangan selaras dengan matlamat utama setiap parti untuk meraih kemenangan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #Pas #DAP
