Wajah Trump hiasi pasport edisi khas AS

Imej Trump pada pasport edisi khas sempena ulang tahun kemerdekaan AS yang ke-250. FOTO: X/White House
Imej Trump pada pasport edisi khas sempena ulang tahun kemerdekaan AS yang ke-250. FOTO: X/White House
A
A
A

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memperkenalkan reka bentuk pasport edisi khas yang memaparkan wajahnya sempena sambutan ulang tahun ke-250 kemerdekaan negara itu.

Trump berkongsi imej pasport tersebut menerusi platform Truth Social dengan kapsyen: “Pasport baharu Amerika Syarikat yang membawa mesej, ‘Selamat datang, tetapi berkelakuan baik!’”

Reka bentuk itu memaparkan potret Trump dengan wajah serius bersama tandatangannya, berlatarbelakangkan teks Pengisytiharan Kemerdekaan AS.

Pada halaman bertentangan pula terdapat lukisan bersejarah pemeteraian Pengisytiharan Kemerdekaan pada tahun 1776 berserta tulisan United States of America 250.

Sebelum ini, Jabatan Negara AS mengumumkan pasport peringatan dengan karya seni khas akan mula ditawarkan kepada orang ramai bermula 6 Julai nanti.

Menurut seorang pegawai jabatan itu, pasport edisi khas berkenaan hanya akan dikeluarkan melalui temu janji secara bersemuka di Washington dan tertakluk kepada stok. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!