Hidangan udang celup tepung terpanjang

No Image Caption
A
A
A

BANDAR PERMAISURI - Orang ramai berpeluang menikmati hidangan Udang Celup Tepung Terpanjang sempena Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu yang berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) di Laman Seri Rhu Sepuluh pada Sabtu.

Hidangan ikonik itu dijayakan menerusi gotong-royong 21 pengusaha kedai udang celup tepung terkenal dari sekitar Pantai Penarik dan Kampung Rhu Sepuluh yang menyusun hidangan di atas 547 buah meja.

Sebanyak satu tan metrik udang atau kira-kira 100,000 ekor digunakan bagi menghasilkan hidangan sepanjang satu kilometer itu, sekali gus mencatat nama Setiu dalam MBOR.

Program anjuran Pejabat Daerah Setiu itu bukan sahaja mengangkat keunikan makanan ikonik daerah berkenaan, malah menjadi platform mempromosikan produk pelancongan makanan Setiu serta merancakkan ekonomi pengusaha dan peniaga tempatan. Foto Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!