PRN Johor: Parti lawan parti, politik tidak wajar kaitkan institusi raja - PM
23 Jun 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu kekal sebagai pertandingan antara parti politik tanpa melibatkan atau mengaitkan mana-mana institusi lain, termasuk institusi raja-raja Melayu.
Perdana Menteri berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, setiap pihak perlu memahami batas peranan masing-masing serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan salah faham politik.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #PH
